Thursday, 14 July 2011

Koral Kalsium


Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang.


Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis.

Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.

Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050.


Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Kepentingan kesihatan tulang yang kuat

  • Untuk penyokongan rangka tulang yang dibentuk daripada 206 batang tulang. Rangka tulang menyokong dan membentuk badan.
  • Untuk pegerakan
    Penegangan otot yang terletak di pelbagai tempat (otot tulang) atas rangka tulang untuk bergerak.
  • Untuk perlindungan
    Tulang melindungi organ dalaman supaya organ itu tidak mengalami kecederaan.
  • Untuk penyimpanan
    Tisu tulang mengandungi mineral yang penting seperti kalsium dan fosforus. Mineral itu akan digunakan dalam peredaran darah apabila diperlukan.
  • Untuk perlindungan sel tulang
    Tulang mengandungi sumsum, iaitu tisu lembut yang menghasilkan sel darah yang baru.

    No comments:

    Post a Comment